fbpx

Bakal pengantin hilang dilarikan bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Upit mengesahkan lelaki yang dilihat penduduk itu merupakan bekas teman lelaki anaknya. – Istimewa

JAKARTA – Penduduk di sebuah daerah di wilayah Banten, Indonesia gempar apabila seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya menghilang secara tiba-tiba, dipercayai dilarikan bekas teman lelakinya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Susulan kejadian tersebut, majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lepas terpaksa dibatalkan meskipun khemah, katering, kad undangan dan buku pernikahan telah pun siap.

Menurut ibu pengantin perempuan berkenaan, Upit, kebelakangan ini, anaknya sering dihubungi oleh bekas kekasihnya.

Upit juga diberitahu oleh seorang saksi penduduk tempatan yang terlihat kelibat seorang lelaki bermotosikal berkuasa besar berada di rumahnya pada waktu awal pagi, hari anaknya hilang.

Upit kemudiannya mengesahkan bahawa lelaki itu merupakan bekas teman lelaki anaknya.

“Disebabkan kejadian ini, kami telah memberitahu pihak keluarga pengantin lelaki. 

“Majlis perkahwinan terpaksa ditunda sehingga satu tempoh masa yang belum ditentukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI