fbpx

Noor Hisham ucap takziah atas pemergian Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ucapan takziah dizahirkan Dr. Noor Hisham dan Ebit Lew kepada Siti Sarah.

PETALING JAYA- Kepulangan penyanyi Siti Sarah ke negeri abadi kira-kira pukul 5.13 pagi tadi selepas hampir 65 jam bertarung nyawa akibat Covid-19 memberi impak kepada orang ramai selain mendapat ucapan takziah daripada pelbagai pihak.

Antara yang memuat naik ucapan takziah itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau tadi.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raisuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban akibat Covid-19, Al Fatihah,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, ucapan takziah atas pemergian Siti Sarah turut dirakamkan individu berpengaruh lain antara pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun dan Ebit Lew.

Menurut Asma, beliau meminta orang ramai untuk mendoakan Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia agar mendapat keampunan dan rahmat Allah.

“Duhai Almarhumah Siti Sarah, jua buat semua ibu yang tabah, walaupun sebahagian kalian telah rebah, menjadi sebahagian sejarah musibah, menjadi satu muhasabah buat ummah.

“Akhirnya takdir Allah mengatasi semuanya, dengan seribu hikmah dariNya, tersingkap di dunia atau di akhirat sana,” katanya.

Ebit Lew pula mendoakan agar Shuib dan anak-anak akan bersama Siti Sarah di syurga kelak.

“Siti sarah banyak kali bertanya untuk bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim saya bantu sekolahkan, semoga Allah beri syurga firdaus buatnya,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI