fbpx

Laungan azan iringi pengebumian Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SARAH selamat dikebumikan.

PETALING JAYA – Suasana suram yang menyelubungi pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor bertambah sayu apabila laungan azan kedengaran mengiringi upacara pengebumian jenazah Siti Sarah sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan sekitar pukul 1.35 petang tadi oleh petugas kesihatan.

Difahamkan, suaminya Shuib juga diberi peluang menguruskan upacara pengebumian Siti Sarah sambil dibantu beberapa ahli keluarga yang lain.

Kesemua yang terlibat dalam upacara pengebumian lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan menyembur cecair pembasmi kuman selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jenazah sebelum itu tiba di tanah perkuburan berkenaan sekitar pukul 12.40 tengah hari selepas bergerak dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sekitar 12.13 tengah hari.

Sarah disahkan meninggal dunia pukul 5.13 pagi setelah tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid-19

Kosmo! pada 7 Ogos lalu melaporkan Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan koma menerusi pembedahan bagi mengelakkan risiko akibat keadaannya yang agak kritikal.

Siti Sarah, 37, sebelum ini dikejarkan ke PPUKM pada Selasa lalu berikutan tahap oksigen dalam badannya yang semakin merosot.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani saringan apabila pembantu rumah mereka disahkan positif virus maut tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI