fbpx

Jenazah Konstabel Mohd. Muradzi selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengusung keranda mengandungi jenazah Mohd. Muradzi sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Fasa II Bandar Cheneh Baru, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Jenazah Konstabel Mohd. Muradzi Mohd. Nawi, 26, yang maut ketika mengejar suspek lumba haram semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Fasa II Bandar Cheneh Baru di sini sebentar tadi.

Upacara pengebumian Allahyarham berlangsung dalam istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pukul 8.40 malam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dibawa dengan van jenazah milik PDRM dari Kajang, Selangor melintasi perkarangan rumahnya di Felda Neram 2 di sini.

Ia sebagai memberi peluang kepada ahli keluarganya untuk memberi penghormatan terakhir susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut.

Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan dan solat jenazah diadakan di tanah perkuburan tersebut.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan Kemaman serta beberapa ahli keluarga.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed turut melawat keluarga Allahyarham Mohd Muradzi.

Awal pagi Ahad, Mohd Muradzi dan rakan sekerjanya Sarjan Mohd Arifah Md Yasin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Mohd Muradzi dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang M maut selepas motosikal yang mereka tunggangi bertembung di Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku di Kilometer 24.4 dari arah Kajang menghala ke Putrajaya ketika kedua-dua anggota berkenaan sedang menjalankan Operasi Samseng Jalanan kira-kira jam 1.30 pagi.

Sementara itu, Rohaimi turut merakamkan takziah kepada keluarga arwah yang kehilangan insan tersayang ketika sedang bertugas. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI