fbpx

‘Terima kasih Datuk Azizulhasni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Azizulhasni memenangi pingat Perak di sukan Olimpik Tokyo.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang yang merangkul pingat perak pertama melalui acara Keirin di Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa bangga dan berterima kasih kepada Mohammad Azizulhasni yang berusaha bersungguh-sungguh memenangi pingat untuk negara.

“Tahniah kepada ‘Pocketrocketman’ kerana lakukan yang terbaik. Tahniah juga kepada Shah Firdaus, muncul lebih hebat pada Olimpik Paris 2024. Rakyat Malaysia sayang dan amat berterima kasih kepada kalian,” kata bingsae.

“Alhamdulillah terbaik sangat dah tu! Tahniah Datuk Azizulhasni Awang!! Anda wira kami, kebanggaan rakyat Malaysia!!,” kata Ruziana Sidek.

Selain itu, laman sosial juga dipenuhi dengan luahan kecewa orang ramai terhadap atlet berbasikal negara Australia yang dikatakan menjadi punca Mohammad Azizulhasni tidak berjaya merebut emas bagi acara tersebut.

“Australia punca, jauh sangat jarak dengan yang depan. Apa agenda dia tak tahulah,” luah Farid Hussin.

“Aku percaya kalau bukan sebab Australia, kita boleh dapat emas. Tapi aku tetap bangga dengan Datuk,” kata khairul.

“Kita bangga sangat Datuk Azizulhasni menang perak. Tapi dia nampak kecewa, sedih rasa tengok air muka Datuk. Jangan bersedih Datuk, kami nampak Datuk berikan yang terbaik dan kami sangat berbangga,” kata Nnabihah.

Terdahulu, Mohammad Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara keirin yang tamat sebentar tadi.

Beliau sebelum ini meraih gangsa pada Olimpik Rio 2016. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI