fbpx

Tangan kiri remaja lelaki tersepit mesin ais kacang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangan kiri seorang remaja lelaki tersepit mesin ais kacang di Pekan Darat, Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila pergelangan tangan kirinya tersangkut pada mesin ais kacang di sebuah gerai cendol di Pekan Darat, Butterworth di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan apabila tangannya tidak terkena pada mana-mana bahagian tajam mesin itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.55 pagi.

“Apabila bomba sampai di lokasi kejadian, didapati tangan seorang remaja lelaki tersepit pada mesin ais kacang.

“Anggota menggunakan peralatan khas menyelamat dan tangan yang tersepit itu berjaya dikeluarkan pada pukul 12.19, manakala dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI