fbpx

Silva rayu Guardiola lepaskan khidmatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA mahu meninggalkan City selepas khidmatnya diburu oleh Barcelona. - AFP

MANCHESTER – Pemain sayap Manchester City, Bernardo Silva dilaporkan ‘merayu’ kepada Pep Guardiola untuk membenarkannya berhijrah ke Barcelona dengan harga diskaun bagi mengisi posisi yang ditinggalkan Lionel Messi.

Sebagai rekod, posisi Silva dalam kesebelasan utama skuad The Citizens pada musim baharu nanti menjadi tanda tanya selepas Guardiola berjaya menandatangani pemain idamannya, Jack Grealish dari Aston Villa dengan nilai perpindahan £100 juta (RM(RM587.46 juta) kelmarin.

Juara EPL itu difahamkan mahu sekurang-kurangnya £45 juta (RM263.3 juta) bagi mana-mana pasukan yang berminat untuk menandatangani khidmat pemain antarabangsa Portugal berusia 26 tahun itu.

Namun, Barcelona yang mengalami masalah kewangan pada tahun ini dilaporkan tidak mampu untuk menawarkan nilai yang diminta oleh City.

Bagaimanapun, The Catalan semenangnya berminat untuk mendapatkan khidmat Silva dan mula berbincang dengan ejen peribadinya, Jorge Mendes terutama selepas mereka kehilangan khidmat Messi selepas gagal mencapai kata sepakat mengenai lanjutan kontrak baharu.

Silva yang berhijrah ke City pada tahun 2017 dari Benfica dengan nilai perpindahan sebanyak £43 juta (RM251.6 juta) turut menarik perhatian juara La Liga musim lalu, Atletico Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI