fbpx
SETAKAT ini, belum ada sebarang perkembangan terkini keadaan Siti Sarah yang dikongsikan Shuib.

Shuib mohon henti sebar rakaman suara WhatsApp keadaan Siti Sarah kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelawak Shuib memohon orang ramai agar berhenti menularkan rakaman suara dalam WhatsApp yang menyatakan keadaan isterinya, Siti Sarah sudah tiada harapan untuk hidup.

Rakaman suara itu dipercayai milik ibu Shuib, bercakap tentang keadaan Siti Sarah yang tiada harapan untuk hidup tular sejak pagi tadi.

Shuib menerusi InstaStorynya menjelaskan, rakaman suara itu sebenarnya menceritakan tentang keadaan isterinya pada Jumaat lalu, bukannya situasi hari ini.

“Berkenaan rakaman suara yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon, tolong hentikan kongsi atau padam hantaran tersebut dalam mana-mana platform media sosial.

“Keadaan terkini Sarah masih lagi ditidurkan. Saya mohon terus mendoakan Sarah diberikan kekuatan dan kesembuhan. Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Setakat ini, Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan setelah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun semalam, Shuib percaya, doa-doa, bacaan Yasin dan solat hajat tidak henti-henti daripada orang ramai menjadi antara asbab berlakunya keajaiban Tuhan terhadap perubahan kondisi kesihatan isterinya yang sedang kritikal dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN