fbpx

[VIDEO] Long Tiger tidak dibenarkan ikat jamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamim dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak, Johor hari ini atas dua pertuduhan ugutan bunuh dan kurungan salah ke atas pekerjannya, Julai lalu. - Foto BAZLAN IBRAHIM

TANGKAK – Seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak hari ini, atas pertuduhan mengurung dan mengugut pekerjanya, Julai lalu.

Tertuduh, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Hamim didakwa melakukan ugutan jenayah iaitu menakutkan pekerjanya, Luqman Hakim Othman, 21 dengan tujuan hendak mendatangkan cedera parah bagi niat menyebabkan kegentaran kepada mangsa.

Kesalahan itu menyebabkan dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala pertuduhan kedua pula, lelaki berkenaan didakwa di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana dengan salah telah mengurung mangsa yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan diantara pukul 6 petang hingga 7.05 malam pada 12 Julai beralamat sebuah premis di Jalan Gambir 7 Bandar Baru Bukit Gambir, di sini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syamilah Jalaluddin dan Muhammad Azfar Mahmod dalam prosidingnya mencadangkan agar mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan berikutan mengambil kira pembebasan tertuduh yang dikhuatiri boleh menganggu saksi utama pendakwaan selain isu kepentingan awam.

Bagaimanapun, barisan peguam bela, Datuk Shaharudin Ali; Muhammad Hariz Md. Yusof dan Muhammad Noor Azfar Noor Azmi memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan dengan mengambil kira tertuduh sebagai penanggung utama keluarga.

Mereka dalam hujahnya turut menyatakan isteri tertuduh yang kini hamil anak kedua dan sedang menjalani rawatan psikiatri yang mana sekiranya ditahan, ia memberi impak besar kepada keluarganya.

Mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI