fbpx

Azizulhasni tidur ‘bertemankan’ pingat perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang dikongsi di laman Twitter Azizulhasni.

PETALING JAYA – Perkongsian gambar memaparkan atlet berbasikal negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang ‘tidur’ berkain pelikat disamping pingat perak yang dimenanginya di laman sosial rasmi milik atlet itu mencuit hati orang ramai.

Gambar tersebut dikongsi sendiri oleh Mohammad Azizulhasni dengan kapsyen “Gambar wajib, simpan sini.” itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya mengharapkan atlet berasal dari Terengganu itu boleh tidur nyenyak malam ini selepas bertungkus-lumus dalam perlumbaan keirin tengah hari tadi.

“Hati-hati Datuk, berat medal tu takut patah katil. Apa-apa pun selamat malam Datuk,” kata Sharil.

“Pakai kain pelikat masa tidur yang mahal tu. Apa-apapun tahniah Datuk, semoga menjadi inspirasi kepada anak muda yang mahu mengikut jejak langkah Datuk,” kata Wardina.

“Tahniah Datuk, boleh tidur nyenyak malam ini. Terima kasih bawa sedikit sinar untuk negara hari ini,” ciap MalaysianLady.

Di ruang komen juga dilihat beberapa pengguna media sosial menyatakan keterujaan mereka menantikan vlog terbaharu di laman YouTube Mohammad Azizulhasni mengenai pengalamannya sepanjang berada di Tokyo bagi temasya sukan Olimpik itu.

“Datuk, nanti buat video YouTube lagi, suka tengok pengalaman sepanjang Olimpik Tokyo di YouTube Datuk,” kata DivaSekolah.

Terdahulu, Mohammad Azizulhasni berjaya merangkul pingat perak melalui acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI