fbpx

Tema ‘Malaysia Prihatin’ lambang iltizam kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Tema Hari Kebangsaan tahun ini kekal seperti tahun lepas iaitu ‘Malaysia Prihatin’ seiring dengan iltizam berterusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menyemai rasa cinta seluruh rakyat kepada negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tema ‘Malaysia Prihatin’ juga seiring dengan aspirasi kerajaan PN bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat ketika negara masih memerangi wabak Covid-19.

“Saya sedar kita masih berada dalam tempoh yang agak mencabar susulan wabak Covid-19, namun saya yakin rakyat mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi dan dapat mengambil iktibar serta aspirasi daripada kepentingan meraikan bulan bersejarah ini yang menyaksikan negara mencapai kemerdekaan.

“Kita telah dilahirkan di tanah air ini dan bersumpah untuk mempertahankannya sehingga akhir hayat. Semangat juang yang tinggi pemimpin dan nenek moyang kita dalam menuntut kemerdekaan perlu dijadikan iktibar dan inspirasi kepada kita semua dan kali ini kita sedang beperang dengan musuh yang sukar dilihat serta berbahaya,” katanya semasa menyampaikan Amanat Perdana sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI