fbpx

Messi, Barca berpakat mulakan drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI sebelum ini dikatakan sudah bersetuju untuk kekal di Barcelona sebelum kelab itu mengumumkan rundingan mereka menemui kegagalan awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Keputusan Barcelona dan pemain bintangnya, Lionel Messi untuk ‘berpisah’ mencetuskan reaksi pelbagai daripada para pemerhati bola sepak apabila ia sekali lagi mencetuskan drama musim panas kali ini.

Musim panas tahun lalu me­nyaksikan Messi turut menjadi watak penting apabila menyatakan secara terbuka hasratnya untuk meninggalkan Camp Nou selain pertelagahannya bersama Presiden Barcelona ketika itu, Josep Maria Bartomeu mendapat perhatian meluas.

Bagi episod kali ini, ada pihak yang berpendapat bahawa plotnya sudah dirancang apabila Barcelona sedar mereka tidak mampu untuk menandatangani Messi menerusi gaji yang diminta ekoran kekangan kewangan yang sedang dihadapi kelab itu.

Barcelona mengakui bahawa mereka terpaksa menjual beberapa pemain bintangnya untuk mengurangkan perbelanjaan kelab selain memastikan dana mencukupi untuk menandatangani semula Messi tetapi sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang tawaran.

Sesetengah laporan media menyebut, ketika saingan musim baharu akan bermula dalam tempoh lebih kurang seminggu lagi, Barcelona semakin terdesak menyebabkan mereka terpaksa memulakan ‘drama’ ini bagi mendapatkan sokongan daripada peminat.

Ia sebenarnya adalah untuk mengalihkan tumpuan para pe­minat mereka mengenai kegagalan pihak pengurusan dalam menguruskan hutang-hutang mereka yang semakin tidak terkawal terutama ketika berdepan cabaran pandemik Covid-19 ketika ini.

Sementara itu, sesetengah pemerhati juga menuduh bahawa Messi sudah menyedari dia tidak akan kekal bersama Barcelona dan situasi ini diwujudkan supaya dia dan kelab itu tidak dilihat sebagai entiti yang perlu dipersalahkan sebaliknya ia berpunca daripada peraturan oleh pihak La Liga.

Ia sekali gus akan menyaksikan reputasi Messi sebagai le­genda kelab itu terus kekal dan tidak tercalar terutama melibatkan hubungannya dengan para peminat fanatik Barcelona.

Awal pagi semalam, Barcelona mengeluarkan kenyataan bahawa mereka pasrah kerana gagal untuk menyambung kontrak Messi di Camp Nou ekoran kekangan serta peraturan kewangan yang ditetapkan oleh La Liga.

“Barcelona dan Lionel Messi telah mencapai kesepakatan untuk perjanjian kontrak baharu sebelum ini tetapi pada hari ini ia tidak terjadi kerana halangan kewangan dan peraturan yang perlu dipatuhi

“Ekoran keadaan tersebut, Messi tidak akan lagi bersama kelab ini dan kedua-dua pihak amat kesal kerana keinginan pemain dan kelab tidak dapat dipenuhi.

“Barcelona mengucapkan te­rima kasih kepada Messi dengan sumbangan yang telah diberikan kepada kelab ini sepanjang dia berada di sini dan selamat maju jaya untuk masa hadapannya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Messi, 34, dilaporkan akan memeterai kontrak baharu selama lima tahun yang menyaksikan gajinya berkurangan sebanyak 50 peratus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI