fbpx

[VIDEO] Harimau ‘Atan Kerteh’ masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak harimau digelar 'Atan Kertih' yang memasuki perangkap dipasang Perhilitan di Ladang Sawit Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun hari ini.

DUNGUN – Usaha Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menjejak sekumpulan harimau belang yang mengganas membaham lembu ternakan di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya dekat sini sejak lebih sebulan lalu mula membuahkan hasil hari ini.

Salah seekor daripada harimau belang yang dipercayai sekeluarga akhirnya masuk perangkap telah dipasang Perhilitan di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan sejak 10 hari lalu.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, harimau yang dipercayai berusia antara setahun setengah tersebut telah dikesan memasuki salah satu perangkap yang dipasang pada pukul 8 pagi tadi.

“Harimau seberat kira-kira 70 kilogram yang digelar ‘Atan Kerteh’ tersebut dikesan memasuki perangkap terbabit yang mempunyai umpan seekor kambing.

“Kita percaya haiwan tersebut anak kepada seekor induk harimau yang terdapat di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan,” katanya ketika ditemui di Ladang Sawit Kerteh 4 di sini hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI