fbpx

Aksi debut Grealish bersama City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH kini sah menjadi miliki City selepas melengkapkan perpindahan ke pasukan itu dan bakal diturunkan untuk aksi Piala Perisai Komuniti tengah malam ini. – TWITTER MAN. CITY

MANCHESTER – Manchester City dilapor akan menurunkan pemain termahal England, Jack Grealish pada aksi Piala Perisai Komuniti menentang Leicester City di Stadium Wembley tengah malam ini.

Pemain berusia 25 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Etihad dengan nilai £100 juta (RM586.96 juta) dan akan berada dalam senarai skuad pasukan itu untuk membuat aksi debut.

Grealish mengakui bahawa beraksi di bawah kendalian pe­ngurus terbaik dunia seperti Pep Guardiola adalah peluang yang sukar untuk dilepaskan dan dia bakal menyarung jersi No. 10 untuk pasukan baharunya itu.

Grealish berjaya mencipta reputasi sebagai antara pemain tengah yang cukup teknikal sepanjang dua musim membantu Aston Villa berada dalam sai­ngan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, dia mengakui keputusan meninggalkan Villa yang disertainya sejak berusia enam tahun bukanlah suatu yang mudah dilakukan tetapi Guardiola menjadi faktor utama dia mengambil keputusan sukar itu.

“Saya sangat gembira menyertai Manchester City. Mereka adalah sebuah pasukan terbaik di dalam liga ini dan pengurusnya adalah seorang yang terbaik di dunia. Ia seperti impian menjadi kenyataan menyertai pasukan ini.

“Sejak 10 musim lalu, mereka cukup konsisten memenangi trofi utama. Pep menyertai pasukan ini dan meletakkannya di tahap yang berbeza.

“Diberi peluang bersama Pep untuk belajar sesuatu daripada­nya adalah satu penghormatan dan sangat istimewa. Semua pemain bola sepak sentiasa inginkan peluang tersebut.

“Fasiliti kelab ini juga cukup mengagumkan dan saya secara jujurnya tidak sabar untuk me­mulakan karier dan bertemu dengan semua orang di kelab ini.

Dalam pada itu, Guardiola ketika bercakap mengenai persiapan mereka untuk menghadapi perlawanan berkenaan me­ngakui bahawa beliau mungkin akan menurunkan lebih ramai pemain muda.

Jelasnya, para pemain senior kebanyakan baharu pulang dari bercuti selepas mengharungi saingan antarabangsa sebelum ini bersama pasukan negara ma­sing-masing.

“Kami berdepan aksi Piala Perisai Komuniti tetapi mungkin akan menurunkan pasukan ke­dua kerana mereka telah melalui sesi latihan yang sempurna.

“Bagi semua pemain, ia adalah musim yang sukar nanti. Setiap musim juga adalah sukar, memerlukan fokus semua pemain dan sangat penting untuk pasukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI