fbpx

SPRM nafi ada PPV ambil rasuah RM80

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular sebelum ini.

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) menafikan dakwaan wujud unsur bayaran rasuah RM80 bagi mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7 di sini.

SPRM berkata, sebaliknya hasil risikan pihaknya mendapati punca kesesakan adalah daripada tindakan pekerja asing hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin.

Katanya, selain itu, terdapat masalah pada sistem di mana temujanji untuk individu juga terselit di PPVIN itu.

“Tohmahan yang mengatakan bayaran rasuah RM80 perlu dibayar kepada penjaga pintu untuk dapat masuk adalah tidak benar.

“Berdasarkan risikan juga mendapati kes bukan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) seperti didakwa sebaliknya di PPVIN Pusat Konvensyen Midlands,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video di laman sosial yang mendakwa segerombolan individu bukan warganegara Malaysia telah beratur panjang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sehingga menyebabkan kesesakan di PPV Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam.

Dikatakan juga, penjaga pintu di PPV tersebut telah mendapat sejumlah wang rasuah sebanyak RM80 bagi setiap orang yang ingin mendapatkan vaksin.

Mengulas lanjut, SPRM menjelaskan PPV Midlands dijadikan Pusat Program Vaksin Industri (PPVIN) iaitu sebahagian daripada inisiatif Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI