fbpx

MBSB peruntuk RM5 juta untuk CERDIK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – MBSB Bank menyumbang sebanyak 3,600 peranti digital bernilai RM5 juta bagi memastikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih baik.

Sumbangan berupa kompu­ter riba, dongle dan kad SIM itu dilaksanakan melalui program CERDIK, inisiatif daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan dan juga Yayasan Hasanah.

Ia juga adalah program yang membantu mempercepatkan lagi akses digital melalui penggunaan peranti mudah alih dan penyambungan data.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, pandemik Covid-19 telah mengganggu pem­belajaran pelajar secara bersemuka di dalam kelas dan mereka kini perlu menerima perubahan norma baharu ke arah pembelajaran secara digital.

“Bagaimanapun, tidak semua yang memiliki kapasiti untuk memiliki peranti sendiri, kami memahami bebanan tersebut dan kami berbangga dapat membantu mengurangkan jurang pembelajaran bagi 3,600 pelajar daripada 19 buah sekolah seluruh negara,” katanya dalam ­kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari menjelaskan, CERDIK menyediakan peranti pembelajaran yang mudah dan juga berkualiti kerana turut memiliki sokongan teknikal, penyambungan serta jaminan.

“Meskipun dunia kini berdepan dengan masalah pembekalan komputer riba yang berkualiti tetapi CERDIK mampu menyediakan peranti kepada kumpulan pelajar bertepatan dengan masa yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Selain itu, MBSB juga me­laksanakan tanggungjawab sosial korporatnya melalui Program Sekolah Angkat dengan membantu sekolah membangunkan infrastruktur, penyediaan akademik dan bengkel motivasi serta program makanan.

Bank kini memiliki sembilan sekolah di beberapa negeri dan setiap sekolah telah menunjukkan prestasi dalam pencapaian akademik dengan lebih baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI