fbpx

Lima hari bina arca pasir vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Ikhwan membina arca pasir di PPV Mega SPICE Convention Center di Bayan Baru hari ini. /FOTO MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

GEORGE TOWN – Seorang artis visual, Mohammad Ikhwan Ibrahim, 31, mengambil masa kira-kira lima hari bagi menyiapkan arca pasir berupa beberapa jari sedang memegang botol vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega SPICE Convention Center di Bayan Baru di sini.

Mohammad Ikhwan yang dikenali sebagai Ikhwan Saloot itu menyiapkan arca ukiran pasir berkenaan menggunakan kira-kira 700 kilogram pasir khas dan berjaya disiapkan semalam.

Menurutnya, penghasilan arca berkenaan sebagai usaha dan sumbangannya kepada masyarakat dalam memberi kesedaran mengenai kepentingan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Karya seni ini juga dibina khas sebagai tanda penghargaan kepada penerima vaksin dalam usaha menyelamatkan nyawa insan sekeliling dan diri sendiri daripada bahaya virus itu serta petugas barisan hadapan.

“Sememangnya seni yang indah mempunyai hubungkait dengan psikologi manusia dan ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kegusaran dan ketakutan penerima suntikan vaksin apabila mereka melihat arca ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mengulas lanjut, menurutnya, dia menggunakan pasir sungai halus yang dibeli di kedai perkakasan bagi menghasilkan arca tersebut.

“Jika diikutkan saya sebenarnya memerlukan 12 hari untuk menyiapkan arca itu, tetapi diberi masa untuk diselesaikan dengan segera dan berjaya siap dalam lima hari.

“Justeru saya menghabiskan masa dari pukul 8 malam sehingga 8 pagi setiap hari bagi menyiapkan arca yang setinggi kira-kira 1.8 meter itu,” katanya.

Ujarnya lagi, usaha tersebut mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACH) dan Kelab Seni Arca Pasir. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI