fbpx

Lelaki ceroboh hutan simpan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jengkaut digunakan untuk meratakan tanah di Hutan Simpan Terenas, Sik sejak tiga hari lalu.

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang sedang leka meratakan kawasan hutan di kompartmen 12 Hutan Simpan Terenas di Sik dekat sini semalam terkejut apabila diserbu Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK).

Suspek berusia 49 tahun itu ditahan selepas JPNK menerima aduan awam berhubung kegiatan yang dilakukan secara haram tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah JPNK, Muhamad Abdullah berkata, lelaki terbabit dipercayai mengambil upah meratakan tanah di kawasan itu menggunakan jengkaut miliknya untuk menanam pokok getah.

“Pasukan bertugas yang melakukan serbuan mendapati kawasan hutan seluas kira-kira satu hektar telah diratakan dipercayai sejak tiga hari lalu.

“Kerja-kerja meratakan tanah dan memusnahkan pokok-pokok hutan secara haram itu melibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM80,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI