fbpx

Katil ICU Covid-19 Pulau Pinang hampir penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kiri) ketika meninjau program Penang Saring Covid-19 di Komtar, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital-hospital di Pulau Pinang bagi merawat pesakit Covid-19 kini hampir mencecah 100 peratus ekoran peningkatan kes positif wabak berkenaan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kes Covid-19 yang dijangka terus bertambah pada minggu berikutnya menyebabkan penggunaan kemudahan di ICU pada masa ini menerima tekanan.

Katanya, disebabkan itu kerajaan negeri memohon tindakan segera diambil Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk menyusun serta mengubahsuai ruang sedia ada untuk dijadikan ruang rawatan pesakit Covid-19.

“Jika dulu kita berdepan dengan kes positif sekitar 100 hingga 200 kes sehari, sekarang ia mencecah 600 hingga 800 kes dan meningkatkan tekanan pada penggunaan kemudahan sedia ada di ICU.

“Disebabkan itu, hospital-hospital di negeri ini memerlukan penambahan serta perlu diubahsuai ruang sedia ada untuk dijadikan ruang rawatan Covid-19 dan kita sedia bekerjasama membantu KKM sekiranya diperlukan,” katanya selepas melawat program Penang Saring Covid-19 di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI