fbpx

Bekalan makanan Orang Asli PKPD Pos Brooke cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Orang Asli yang menjalani tempoh kuarantin di Kampung Cekau, Pos Brooke dekat Gua Musang. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memberi jaminan bantuan makanan mencukupi untuk menampung keperluan 252 Ketua Isi Rumah (KIR) di enam kampung di Pos Brooke yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Julai lalu.

Timbalan Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Roslina Bun berkata, beberapa agensi dan wakil rakyat turut bekerjasama untuk memastikan 933 penduduk itu tidak berdepan masalah terputus bekalan makanan sepanjang dua minggu tempoh PKPD di kawasan itu.

Katanya, bekalan makanan oleh Jakoa telah disumbangkan kepada penduduk sebelum PKPD iaitu 26 Julai bagi menampung keperluan penduduk Orang Asli.

“Bantuan makanan daripada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dihantar ke kampung terlibat,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI