fbpx

Tiada bukti puak pemisah Thailand lepas tembakan dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota renjer Thailand menjalankan pemantauan di sekitar Tak Bai, Narathiwat semalam. - Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Polis Kelantan menafikan dakwaan Tentera Thailand yang mengatakan puak pemisah melakukan serangan ke sebuah pos tentera di Tak Bai, Narathiwat semalam dari Pengkalan Haram Ikan Kering, Kubang Pak Itam dekat Pasir Mas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan di lokasi itu, polis tidak menemui sebarang bukti seperti kelongsong peluru atau kesan tembakan di situ.

Katanya, susulan daripada kejadian itu, pihaknya telah memperketat kawalan di sepanjang sempadan di antara kedua-dua negara dengan melakukan pemantauan secara berterusan.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku selama lebih kurang 45 minit dan telah mengakibatkan seorang Tentera Thailand maut manakala empat lagi cedera.

“Berdasarkan dakwaan pihak Tentera Thailand, serangan ke atas sebuah pos kawalan dilakukan oleh kumpulan pemisah Thailand dari tebing sungai sempadan Malaysia, “katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafien, dakwaan itu tidak mempunyai asas yang kukuh kerana tiada sebarang pembuktian yang dikemukakan oleh pihak Tentera Thailand.

Kosmo! Online semalam melaporkan, penduduk di beberapa kawasan di daerah ini dikejutkan dengan bunyi tembakan dan letupan bom dari Tak Bai, Narathiwat, Thailand di seberang Sungai Golok.

Dalam kejadian itu, seorang anggota renjer maut dan empat lagi parah dalam satu serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.20 pagi (waktu tempatan).- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI