fbpx

Polis siasat kes kemalangan tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang mengalami kerosakan selepas dilanggar seorang lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Permaisuri, Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kemalangan yang tular melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam.

Kejadian didakwa berlaku selepas sebuah kereta jenis Honda CRV yang dipandu seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan merempuh empat buah kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 7 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit memandu dari arah Cheras menghala ke Petaling Jaya sebelum melanggar kenderaan yang diparkir di tepi jalan sebelah kiri.

“Pemandu dan semua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sarifudin memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan sama ada wujudnya unsur-unsur mabuk atau lain-lain yang menyebabkan kemalangan seperti yang didakwa di media sosial Facebook.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-20719999, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook memaparkan beberapa keping gambar yang mendakwa seorang lelaki memandu kereta dalam keadaan mabuk dan telah merempuh beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI