fbpx

Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial, Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

“Sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Kenyataan bertarikh 3 Ogos 2021 itu menggunakan jata negara dan alamat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong di Perak.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau mengesahkan kenyataan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI