fbpx

Majoriti pemandu teksi, e-hailing,penunggang p-hailing sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong melawat Pusat Vaksinasi Industri di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, Johor hari ini. Foto KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Majoriti pemandu teksi, pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing yang berdaftar dalam sistem kerajaan telah menerima suntikan vaksinasi mereka atau telah mendapat tarikh janji temu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya telah menyerahkan senarai nama 129,267 pemandu teksi dan pemandu e-hailing selain 73,394 penunggang p-hailing untuk proses vaksinasi.

“Berdasarkan data direkod setakat 29 Julai lalu, sekitar 79 peratus pemandu teksi dan pemandu e-hailing telah menerima vaksinasi mereka atau tarikh temu janji bagi tujuan itu.

“Manakala bagi penunggang p-hailing pula, dianggarkan sekitar 71 peratus daripada mereka telah divaksin,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melawat Pusat Vaksinasi Industri di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini hari ini..-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI