fbpx

Anggap Covid-19 syaitan, penduduk jalankan ritual bakar pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pendeta masyarakat Papua menjalankan ritual bakar pelitup muka. - Instagram

JAKARTA – Sekumpulan pendeta dan masyarakat di Kepulauan Papua, Jawa Barat dilaporkan mengadakan satu ritual membakar pelitup muka beramai-ramai menerusi rakaman video yang tular di media sosial.

Menurut laporan Suara.com, tindakan tersebut dibuat bagi membuktikan prinsip mereka yang tidak percaya akan kewujudan Covid-19 dan keberkesanan vaksin yang diedarkan pemerintah.

Menerusi keterangan video, salah seorang penduduk Papua mendakwa masyarakat di situ tidak pernah menutup rumah ibadat atau gereja sepanjang berlangsungnya perintah darurat seperti yang diarahkan oleh Presiden Joko Widodo.

“Kami, masyarakat Papua sama sekali tidak percaya pada Covid-19 atau vaksin yang sedang disuntik kepada penduduk Indonesia.

“Ini kerana Covid-19 adalah buatan manusia dan bukan ciptaan Tuhan. Covid-19 adalah syaitan dan kami jalankan ritual ini untuk membakarnya,” laung individu itu dalam video berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, kerajaan Indonesia sedang cuba memujuk masyarakat di pulau itu untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan melancarkan kempen vaksinasi dan menghantar petugas kesihatan di setiap daerah di sana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN