fbpx

Warga emas 100 tahun datang ‘walk-in’ cucuk vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salim (kiri) dan Che Ah selepas menerima suntikan vaksin dos pertama di PPV Dewan Milenium di Kepala Batas secara walk-in hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas berusia 100 tahun, Che Ah Taib merupakan antara kira-kira 250 warga emas yang mendapat vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium, Kepala Batas di sini hari ini.

Che Ah yang hadir sambil ditemani anak lelakinya, Salim Saad, 63, dengan menaiki kereta selesai mendapatkan dos pertama berkenaan dalam tempoh kira-kira sepuluh minit.

Menurut Salim, ibunya kelihatan begitu gembira dan hanya tersenyum ketika ditanya mengenai perasaannya selepas disuntik vaksin secara pandu lalu.

“Setakat ni, tak nampak apa-apa kesan sampingan lagi (selepas menerima suntikan vaksin) dan mak saya pun Alhamdulillah, tak ada sakit-sakit apa sebelum ini. Cuma, dia perlu dibantu kalau hendak bergerak ke mana-mana, ” katanya kepada pemberita hari ini.

Selain Salim yang telah menerima satu dos suntikan vaksin sebelum itu, isterinya, Aminah Mohd., 60-an yang telah lengkap divaksin juga hadir ke PPV itu sambil membawa seorang jiran mereka, Salmah Hassan, 77, dengan menaiki satu kenderaan lain untuk mendapatkan vaksin.

Difahamkan, sebanyak 250 dos suntikan telah disediakan di PPV Dewan Millenium untuk golongan warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas yang datang secara ‘walk-in’ hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI