fbpx

Pondok buruk ke rumah baharu, hadiah Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pondok daif yang didiami empat sekeluarga sejak lebih enam bulan lalu.

PETALING JAYA – Kehidupan serba daif sebuah keluarga yang tinggal di sebuah pondok buruk dalam semak berdekatan laluan kereta api di Kajang akhirnya terbela selepas mereka disantuni pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini.

Menerusi perkongsian Ebit di laman Facebooknya, keluarga tersebut menjadikan pondok tersebut sebagai tempat berteduh sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, mereka terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua orang anak remaja termasuk remaja lelaki berusia 18 tahun.

“Emak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara, ayahnya bekas askar dan anak lelaki mereka berusia 18 tahun kerja kutip sampah.

“Tiada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan hanya belajar sehingga darjah enam sahaja, saya tengok kad pengenalan alamat mereka di Kajang,” katanya di Facebook hari ini.

Tambah Ebit, dia telah mengarahkan pasukannya supaya mengambil semula emak dan adik remaja terbabit supaya mereka boleh tinggal bersama-sama semula.

“Saya carikan rumah sewa untuk mereka, inshaAllah kita akan bayar sewa bulanannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri.

“Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin, adik ni nak buat ‘part time’ di situ. Adik ini juga nak belajar solat dan lain-lain, inshaAllah kami akan membantu,” katanya.

Pada masa sama, Ebit mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan kerana telah banyak membantu.

“Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara,” kata Ebit. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI