fbpx

Meghan Markle mungkin bertanding jawatan Presiden AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meghan turut didakwa mungkin bertanding untuk jawatan gabenor di AS. – AFP

LONDON – Seorang penulis biografi mendedahkan bahawa Duchess of Sussex, Meghan Markle  berkemungkinan bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi mencapai matlamatnya untuk menguasai negara itu dan seluruh dunia, lapor akhbar The Sun semalam.

Tom Bower  yang menulis biografi diraja mengenai Meghan berkata, ramalan tersebut dibuat kerana isteri Putera Harry itu yakin bahawa ‘takdirnya akan semakin cerah ke arah kemasyhuran dan kekayaan’.

“Ketika Harry selesai mempromosikan buku-bukunya, adakah Meghan akan melancarkan kempen globalnya untuk terlibat dalam arena politik AS?

“Sama seperti beliau menggoda keluarga diraja, adakah beliau akan turut ‘menggoda’ broker-broker kuasa untuk mempromosikan cita-cita politiknya ke dalam Senat dan mungkin lebih daripada itu dengan menggunakan persahabatannya dengan Naib Presiden AS, Kamala Harris serta Barrack Obama?” soal  Bower.

Tambah Bower, dengan bantuan keluarga Clinton dan Obama, Meghan tidak akan menghadapi kesukaran untuk dicalonkan sebagai salah seorang daripada 40 ahli Kongres AS di Washington.

“Jika satu daripada dua kerusi Senat AS kosong dan beliau sudah mempunyai kepakaran dalam perdagangan, statusnya sebagai wanita berdarah campuran akan menjadi faktor yang kuat.

“Beliau juga boleh bertanding untuk jawatan gabenor, satu daripada jawatan paling berprestij di AS,” kata Bower.

Sebelum ini, seorang rakan Meghan pernah memberitahu majalah Vanity Fair bahawa alasan kenapa bekas aktres itu tidak membatalkan kewarganegaraan AS ketika berkahwin dengan Harry adalah kerana beliau ingin mempunyai pilihan terbuka untuk menyertai kancah politik AS. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI