fbpx

Kerabat diraja Britain lelong bra untuk jualan amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baju coli (dalam bulatan) yang dilelong oleh Amelia. - Instagram

LONDON – Sepupu kepada Putera William dan Putera Harry iaitu Lady Amelia Windsor dilaporkan melelong baju terpakai termasuk bra dan jean dalam satu jualan bagi tujuan  amal baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar Daily Star UK, Amelia yang mendapat jolokan kerabat diraja Britain paling jelita menjual pakaiannya pada harga serendah £8 (RM46) menerusi laman Instagram.

Amelia digelar kerabat diraja Britain paling cantik. – Instagram

Antara pakaian paling mendapat perhatian adalah coli renda jenama Dolce&Gabbana milik gadis berusia 24 tahun itu yang dilelong pada harga £50 (RM290).

“Saya berasa gembira ketika memakai semua pakaian ini dan tidak sabar untuk pemilik baharunya berkongsi rasa yang sama.

“Semua hasil jualan akan disalurkan ke pusat kebajikan @crossrivergorilla,” tulis Amelia.

Amelia yang juga seorang model profesional di bawah Storm Model Management pernah menghiasi muka depan majalah fesyen seperti Vanity Fair dan Tatler.

Beliau yang tinggal di Notting Hill, Barat London bersama kakaknya, Lady Marina, merupakan pewaris ke-38 takhta Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI