fbpx

Wanita dakwa Putera Harry mungkir janji kahwininya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawatan Putera Harry di Jepun mempunyai maksud ‘zakar’-AFP

NEW DELHI- Seorang wanita dari bandar Chandigarh yang mendakwa bahawa Putera Harry telah melamar dan berjanji untuk mengahwininya kini mahu menyaman kerabat diraja Britain  tersebut, lapor akhbar The Sun semalam.

 Palwinder Kaur memfailkan satu petisyen ke atas Putera Harry dan meminta supaya beliau menunaikan janjinya untuk berkahwin dengan Parwinder serta tidak berlengah lagi.

Dia juga meminta pihak berkuasa India untuk mengeluarkan waran tangkap antarabangsa supaya pihak polis Britain boleh menangkap Duke of Sussex itu kerana memungkiri janji untuk mengahwininya.

Petisyen itu menulis “Petisyen daripada pemohon yang merupakan peguam bela yang hadir secara peribadi adalah untuk mengambil tindakan terhadap Putera Harry Middleton, anak lelaki Putera Charles Middleton yang merupakan rakyat Britain.

“Ini untuk mengarahkan  polis Britain  mengambil tindakan terhadap Putera Harry yang berjanji mengahwini pemohon, namun janji itu tidak dipenuhi,” demikian menurut  petisyen tersebut.

Ia bagaimanapun ditolak oleh Mahkamah Tinggi Punjab dan Haryana yang menggelarnya sebagai ‘fantasi di siang hari’.

Berdasarkan laporan, apabila ditanya Hakim Arvind Singh Sangwan, Parwinder mengakui dia tidak pernah ke Britain atau berjumpa suami Meghan Markle itu secara berdepan dan semua perbualan adalah menerusi e-mel dan juga media sosial.

Mahkamah menolak permohonan itu dan memberitahu itu tidak membuktikan Parwinder telah bercakap dengan Putera Harry.

Mereka juga memaklumkan bahawa terdapat banyak profil palsu di internet.  

 Wanita bernama Palwinder Kaur itu rupanya  diperdaya oleh seorang jejaka yang menyamar sebagai Putera Harry dan berjanji untuk mengahwininya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI