fbpx

Potongan kek kahwin Puteri Diana dilelong RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kek perkahwinan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana disimpan dan bertahan sejak 40 tahun lalu. -BNPS

LONDON – Sepotong kek daripada majlis perkahwinan mendiang Puteri Diana dan Putera Charles akan dilelong pada harga £500 (RM2,936) 40 tahun selepas majlis perkahwinan mereka, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kepingan kek yang masih tersimpan elok itu dihias dengan lambang kerajaan berwarna merah, biru dan emas.

Ia diberikan kepada Moyra Smith, salah seorang pekerja Ratu Elizabeth di Clarence House ketika majlis pada tahun 1981 itu.

Ia telah diawet dalam pelekat filem dan disimpan rapi dalam sebuah tin kek.

Keluarga Smith menyimpannya sehingga 2008 sebelum seorang pengumpul barangan klasik menjualnya kepada pelelong, Dominic Winter di Cirencester, Gloucs, bulan lalu.

“Kepingan kek itu merupakan satu simpanan yang unik,” kata seorang pakar lelongan memorabilia diraja, Chris Albury.

Potongan tersebut bertahan lebih lama daripada perkahwinan pasangan itu yang berakhir pada 1996. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI