fbpx

[KEMASKINI] Lelaki tikam perut ada rekod masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan individu lelaki yang bertindak menikam perutnya sendiri dalam kejadian di Kampung Parit Ponorogo, Tangkak semalam mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu berkenaan merupakan warga tempatan dan berusia 48 tahun.

Menurut beliau, lelaki berkenaan kini dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

“Berdasarkan pemeriksaan, lelaki berkenaan mempunyai rekod masalah mental dan dia sudah tidak mengambil ubat disediakan doktor sejak lima tahun lalu.

“Dimaklumkan dia mendengar suara-suara dalam kepalanya untuk berbuat demikian,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Semalam, satu video berdurasi 34 saat tular di media sosial menunjukkan lelaki itu terbaring dalam keadaan cedera parah pada bahagian perut di hadapan sebuah rumah.

Maklumat awal mendapati lelaki terbabit dipercayai bertindak demikian selepas mengalami tekanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI