fbpx

Gambar Uqasha disiasat netizen, cari kesan lengkung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO terbaharu Uqasha (kanan) yang disiasat netizen sama ada disunting atau tidak.

SEBELUM ini, kecoh dalam media sosial apabila sekeping foto milik pelakon cantik Uqasha Senrose yang dikatakan disunting secara keterlaluan sehingga mencacatkan beberapa bahagian seperti latar belakang dan tiang yang melengkung.

Disebabkan hal tersebut, ramai yang menawarkan khidmat untuk menjadi tukang sunting foto Uqasha agar lebih kemas dan muslihat untuk nampak cantik serta kurus berjaya menipu mata peminat.

Terkini, Uqasha sekali lagi memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya berdiri di tepi kereta tetapi tiada kesan suntingan langsung!

Rupa-rupanya bukan Diva sahaja yang memerhatikan foto tersebut secara teliti tetapi netizen juga melakukan hal yang sama.

“Mesti ada netizen yang memerhatikan sekeliling kan?” komen seorang pengikut Instagramnya.

“Nasib baik tiang tak terbengkok kali ini. Apa pun, Uqasha memang lawa,” tulis seorang lagi netizen.

Lucu juga apabila ramai yang memerhatikan setiap sudut dalam foto Uqasha. Nasib baik kali ini tidak ada cacat cela, kalau tidak, mesti viral lagi.

DIVA: Seronok mendengar kadar vaksinasi negara sangat tinggi berbanding negara lain. Mari capai imuniti kelompok secepat mungkin!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI