fbpx

Bekas kekasih dakwa dihubungi roh Elvis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thompson sering diberikan isyarat oleh roh Elvis seperti bekalan elektrik terpadam. – Getty Images

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Bekas kekasih Elvis Presley mendakwa roh lagenda Rock and Roll itu pernah ‘menghubunginya’ dari alam kematian, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Linda Thompson, 71, berkata, dalam satu daripada kejadian di pangsapurinya, ketika sedang bersiap sedia untuk menghadiri upacara pengebumian Elvis, bekalan elektrik secara tiba-tiba terputus di rumahnya meskipun blok lain tidak mengalami sebarang masalah.

Kejadian yang sama berlaku pada salah satu hari ketika sambutan ulang tahun kematian bintang lagenda tersebut.

“Saya terpaksa menyalakan lilin ketika sedang berkemas untuk menaiki penerbangan dari Los Angeles ke Memphis untuk menghadiri upacara pengebumiannya

“Saya percaya roh Elvis masih berkeliaran dan mahu kembali. Ia cuba berkomunikasi dengan saya menerusi perbuatan ini,” katanya.

Tambah Thompson, satu lagi kejadian aneh lain berlaku adalah pada hari ulang tahun kelapan penyanyi itu meninggal dunia.

‘Rohnya’ didakwa memberikan beberapa isyarat luar biasa iaitu bekalan elektrik terpadam ketika wanita itu berada di sebuah kedai di Los Angeles.

Thompson bertemu dengan Elvis ketika dia berumur 22 tahun selepas dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Tennessee pada bulan Julai 1972.

Kedua-dua mereka bercinta lebih empat tahun sehingga wanita itu membuat keputusan bahawa dia tidak mampu mengikuti gaya hidup Raja Rock and Roll itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN