fbpx

Bekalan darah negara berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penularan Covid-19 di negara ini telah memberi kesan kepada bekalan darah khususnya di kawasan Lembah Klang berikutan kadar penurunan bilangan penderma.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti pendermaan darah perlu dilakukan secara berterusan bagi penggunaan pesakit yang memerlukan.

“Antara faktor penurunan ini ialah kebimbangan masyarakat dan penderma darah terhadap keselamatan sepanjang proses menderma darah serta pembatalan kempen derma darah oleh penganjur.

“Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Darah Negara (PDN) dan Tabung-Tabung Darah sentiasa mengutamakan keselamatan penderma darah, penganjur kempen derma darah dan petugas dalam memastikan proses pendermaan darah yang selamat,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, purata darah yang diperlukan setiap minggu adalah sebanyak 14,000 beg darah dan ini termasuk di PDN yang memerlukan 3,500-4,000 beg darah setiap minggu bagi pembekalan di kawasan Lembah Klang.

Menurutnya, sekiranya trend penurunan yang membimbangkan itu berterusan maka secara tidak langsung akan menjejaskan keupayaan dalam merawat pesakit.

Ujarnya lagi, orang ramai tidak perlu bimbang untuk meneruskan aktiviti menderma darah kerana ia dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan garis panduan antarabangsa. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI