fbpx

Mayat lelaki ditemui atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditemui mati dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik di Lorong Ceylon, Bukit Bintang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang penemuan mayat lelaki berusia 28 tahun itu oleh isteri si mati kira-kira pukul 4.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati mayat lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mempunyai kesan lebam pada pergelangan tangan serta dahi dan dipercayai telah dibunuh.

“Mangsa menyewa bilik berkenaan dengan menggunakan nama seorang kenalannya yang juga merupakan warga tempatan berusia 28 tahun dan pihak polis telah menahan lelaki tersebut bagi membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohamad Zainal, pihak polis kini sedang mengenal pasti motif kejadian dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan punca kematian mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya menerusi talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujar beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI