fbpx

Wanita kecewa lahirkan anak orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alyokhina (kiri) dan suaminya Ivan Alyokhin mendapat athu Denis (gambar kecil) bukan anak mereka selepas doktor mendedahkan jenis darah Denis. -east2west news

CHELYABINSK, Rusia – Seorang wanita  melahirkan bayi lelaki  yang ‘salah’ selepas rahimnya disenyawakan dengan sel telur subur milik pesakit lain ketika menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), lapor laman Metro UK kelmarin.

Olga Alyokhina, 33, masih mencari sama ada anak sebenarnya telah dilahirkan oleh wanita lain.

Alyokhina mendedahkan kesilapan pertukaran embrio itu ketika cuba mencari wanita yang ditemuinya di sebuah klinik IVF, yang dipercayai telah menerima telur miliknya.

“Pada hari saya mengambil biomaterial, saya telah bertemu dengan seorang wanita di dalam wad sama.

“Kami berbual, namun saya tidak ingat namanya. Dia memberitahu saya bahawa 10 sel telur telah diambil daripadanya dan jumlah itu sama seperti saya,” katanya.

Mereka kemudian bertemu semula ketika proses implan, berkongsi wad yang sama namun tidak bertemu lagi selepas itu.

Alyokhina melahirkan bayi lelaki, Denis pada 2018 dan sebaik sahaja meninggalkan hospital, dia terkejut apabila mendapat tahu anaknya memiliki jenis darah berbeza iaitu A.

“Saya memiliki darah jenis B manakala suami pula O. Tidak mungkin anak kami memiliki darah jenis A.

“Doktor bagaimanapun memaklumkan perkara itu boleh berlaku, namun saya menunjukkan maklumat  carian Google yang menunjukkan anak kami tidak mungkin memiliki darah jenis A,” katanya.

Alyokhina kemudian dimaklumkan pihak hospital bahawa dia dan suaminya bukan ibu dan bapa kandung kepada Denis, serta mencadangkan mereka meninggalkan Denis di rumah anak yatim.

Alyakhona bagaiamapun enggan berbuat demikian kerana Denis sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Dia juga tidak akan menukar Denis dengan anak sebenarnya sekiranya bertemu kanak-kanak itu kelak kerana Denis merupakan anak yang ditunggu-tunggu Alyokhina selama ini. Jelas wanita itu, dia hanya mahu mencari keluarga kepada anaknya yang sebenarnya dan menjalin hubungan baik dengan mereka.

Dia juga telah dibayar pampasan berjumlah £29,500 (RM174,049) oleh Pusat Pranatal  Wilayah Chelyabinsk yang menjadi lokasi dia menjalani prosedur tersebut. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI