fbpx

Trend jualan kediaman meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kini masa terbaik bagi orang ramai memiliki kediaman kerana harga rumah berada pada paras terendah. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kehila­ngan pendapatan sama ada di­sebabkan pemotongan gaji, pengurangan hari bekerja atau pemberhentian kerja telah ­menyebabkan trend penjualan hartanah untuk mendapatkan tunai di tangan telah bertambah.

Pengurus Negara Property Guru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, meskipun tawaran moratorium telah memberi ke­legaan kepada pemilik hartanah tetapi sebilangan orang masih berdepan dengan masalah kewangan dan terpaksa membuat keputusan untuk menjual kediaman masing-masing.

Berdasarkan fenomena tersebut, bekalan hartanah di pasaran pada suku kedua (Q2) 2021 telah melonjak sebanyak 34.53 peratus tahun ke tahun dan bertumbuh 11.94 peratus berbanding suku pertama (Q1) 2021.

Menurut laporan Indeks Pasaran Hartanah Malaysia (MPMI) oleh PropertyGuru, trend peningkatan penawaran boleh dilihat di empat wilayah utama yang diliputi MPMI iaitu Kuala Lumpur yang menyaksikan pe­ningkatan tahun ke tahun seba­nyak 16.91 peratus, Selangor (48.95 peratus), Pulau Pinang (40.32 peratus) dan Johor pada 17.47 peratus.

“Kita mungkin boleh melihat lebih banyak bekalan kediaman memasuki pasaran sekunder, kesan daripada mereka yang ingin melepaskan pelaburan hartanah mereka bagi meringankan beban kewangan semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, data MPMI turut menunjukkan kemungkinan bahawa harga rumah kini sudah berada pada tahap terendah, memandangkan kos semasa pembinaan bangunan tidak menawarkan ruang besar untuk menyebabkan penurunan lebih drastik.

Indeks Harga MPMI tidak mengalami perubahan antara Q1 2021 dan Q2 2021 untuk kekal bertahan pada 87.86 mata.

Pertumbuhan positif dapat dilihat bagi harga permintaan pada Q2 2021, menandakan wujudnya beberapa bentuk penstabilan harga di Kuala Lumpur, Se­langor dan Pulau Pinang.

Harga permintaan telah me­ningkat 1.56 peratus suku ke suku di Kuala Lumpur, 1.18 peratus di Selangor dan 0.95 peratus di ­Pulau Pinang.

Menurut Sheldon, pihaknya menjangkakan penstabilan harga permintaan hartanah akan kekal ketika ini, sebelum berlaku pe­ningkatan secara berfasa seiring perkembangan program vaksinasi kebangsaan.

“Pencari rumah boleh melihat persekitaran semasa sebagai masa tepat untuk membeli hartanah utama pada harga menarik, sambil memanfaatkan kadar faedah rendah dan insentif kewangan yang ditawarkan oleh pemaju dan kerajaan,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI