fbpx
JI CHANG-WOOK

Ji Chang-wook positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON terkenal Ji Chang-wook yang sedang menjalani penggambaran bagi drama terbaharu terbitan Netflix disahkan positif Covid-19.

Berita tersebut turut disahkan agensi naungan pelakon tersebut, Co-star yang memberitahu aktor berusia 34 tahun itu positif selepas menjalani ujian calitan kedua.

Pada masa sama, syarikat produksi drama tersebut turut memaklumkan bahawa seorang daripada kru penggambaran juga positif virus tersebut.

“Ekoran itu, penggambaran terpaksa ditangguhkan sehingga keselamatan semua terjamin,” kata sumber produksi.

Sekadar info, untuk drama terbaharunya itu, Chang-wook memegang watak utama dalam drama adaptasi webtoon Korea popular, Annarasumanara.

Drama tersebut mengisahkan tentang seorang gadis remaja yang membesar terlalu cepat dan ahli sihir yang mahu dia kekal sebagai kanak-kanak walaupun sudah dewasa.

BERITA BERKAITAN