fbpx

MAHB sedia RM400 juta bantu penyewa ruang komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) te­lah menyalurkan bantuan ber­nilai RM400 juta tahun lalu buat penyewa ruang komersial di lapangan terbang kendaliannya, bagi membantu mereka berdepan ca­baran akibat pandemik.

Pengurus Besar Kanan Unit Perkhidmatan Komersial MAHB, Hani Ezra Hussin berkata, nilai tersebut termasuk rebat sewa, sambungan kontrak selama dua tahun dan penggunaan model sewaan baharu, yang mana kadar sewa perlu dibayar terikat kepada jumlah penumpang pe­nerbangan.

“Kami menyediakan insentif yang sama, atau lebih baik kepa­da penyewa bagi berdepan situa­si lebih mencabar tahun ini, namun nilai keseluruhan bantuan bagi 2021 belum dimuktamadkan.

“Bagi tahun ini sehingga Jun lalu, nilai jualan daripada aktiviti komersial di lapangan terbang kami seluruh negara hanyalah RM60.5 juta, penurunan seba­nyak 85.8 peratus berbanding RM427.5 juta yang dicapai untuk tempoh sama tahun lalu,” kata­nya.

Beliau berkata demikian pada sesi bersama media berhubung strategi Reset MAHB yang diadakan secara maya semalam.

Menerusi strategi berkenaan yang dilancarkan pada 2018, MAHB berniat menstrukturkan semula lapangan terbang kendaliannya menjadi destinasi beli-belah dan pusat gaya hidup terkemuka.

Menurut Hani, segmen bukan penerbangan menyumbang hampir 50 peratus kepada perolehan Kumpulan, justeru sumbangan daripada pendapatan runcit adalah kritikal.

Jelasnya, MAHB kini memiliki sekitar 300 penyewa runcit di lapangan terbang kendaliannya di seluruh negara, dengan kadar kepenuhan ruang komersial kini berada pada sekitar 70 peratus.

“Selepas pelaksanaan strategi Reset ini selesai dijangka pada hujung 2023 atau awal 2024, kami menyasarkan pendapatan runcit pada paras antara 20 peratus hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding 2019,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI