fbpx

Fara Fauzana kembali sertai Hot FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARA kini kembali ke konti radio bergandingan dengan dua lagi rakan penyampai iaitu AG (kiri) dan Fad untuk segmen pagi Hot FM.

PETALING JAYA – Selepas lima tahun meninggalkan Hot FM, penyampai radio Fara Fauzana atau Fafau kembali bertugas di stesen radio tersebut sekali gus melengkapkan trio pagi bersama pasangan penyampai AG dan Fad Bocey.

Perkara tersebut diumumkan pihak pengurusan Hot FM menerusi hantaran dalam Instagram rasminya pagi tadi.

“Welcome back Fafau! (selamat kembali Fafau!). Ya, ini memang benar, memang yakin dan memang pasti,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat terkejut dan gembira apabila Fafau kembali menemani pendengar di ruang udara.

“Ya, ini yang masyarakat mahukan! Ini baru betul deejay. Dalam kereta tadi saya menjerit gembira bila dengar pengumuman ini.

“Bagai sirih pulang ke gagang. Selamat menceriakan hari-hari kami. Terbaiklah Hot FM. Otai kembali!” tulis netizen.

Untuk rekod, Fafau sebelum ini telah bersama Hot FM selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri sekitar 2016 bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan.

Sementara itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan komen Fafau mengenai pelantikan semulanya di Hot FM masih belum berjaya.

Terdahulu, pertukaran besar-besaran yang dilakukan rangkaian Media Prima Berhad (MPB) kepada beberapa pengacara dan deejay terpaksa dilakukan demi kelangsungan syarikat gergasi media tersebut disebabkan pandemik Covid-19.

Selain itu, perkara tersebut juga bertujuan memberikan nafas baharu terutama dari segi budaya kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI