fbpx

Terry dikait kemudi Swansea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERRY dikaitkan dengan jawatan sebagai pengurus Swansea selepas meletakkan jawatan di Villa. - AFP

LONDON – Bekas legenda Chelsea, John Terry dikaitkan de­ngan jawatan sebagai pengurus baharu Swansea selepas beliau membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai pembantu pengurus di Aston Villa.

Terry, 40, mengesahkan bahawa beliau meninggalkan Villa selepas menyertai pasukan itu sebagai staf kejurulatihan pada Oktober 2018.

Sepanjang tugasnya di Villa Park, Terry berjaya membantu pengurus, Dean Smith membawa kelab itu ke saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2019/2020 dan musim lalu mereka berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-11.

Swansea pula ketika ini dalam keadaan tidak menentu selepas pengurus yang mereka idamkan, John Eustace membuat pusingan U apabila menolak tawaran biarpun sebelum itu sudah me­nyatakan persetujuan.

Pembantu pengurus Quenns Park Rangers itu dinamakan sebagai pengganti kepada Steve Cooper yang mengemudi Swansea selama dua musim tetapi kira-kira 11 jam sebelum majlis menandatangani kontrak dilakukan, Eustace menarik balik persetujuannya itu.

Situasi tersebut menyebabkan Terry dikaitkan dengan jawatan di Stadium Liberty terutama selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Villa.

Dalam kenyataan selepas meninggalkan Villa, Terry me­ngakui impiannya adalah untuk membimbing sebuah kelab bola sepak dan sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran berkenaan.

“Saya sentiasa bercita-cita untuk menguruskan sebuah kelab. Saya fikir saya sudah bersedia untuk berdepan cabaran lebih besar.

“Saya mahu berterima kasih kepada pengurus dan semua orang di Aston Villa yang telah memberikan saya peluang,” ka­ta Terry. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI