fbpx

Jawatan Rooney di Derby County jadi taruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROONEY dikaitkan dengan skandal melibatkan beberapa wanita menyebabkan jawatannya sebagai pengurus Derbi jadi taruhan. - AFP

KERJAYA Wayne Rooney sebagai pengurus pasukan Derby County kini bagaikan ‘telur di hujung tanduk’ susulan gambarnya bersama beberapa wanita di sebuah hotel tular.

Menurut laporan akhbar The Sun, pihak eksekutif kelab itu kesal dengan insiden terbabit dan percaya Rooney sepatutnya menjadi contoh buat pasukan itu.

Sumber memberitahu, keadaan ketika ini masih lagi ’50-50′ dan kelab berkenaan belum membuat sebarang keputusan terhadap masa depan bekas penyerang Manchester United itu.

Bagaimanapun, kelab berkenaan mengakui sangat kecewa dengan situasi yang berlaku

Peguam Rooney dikatakan sudah menghubungi pihak polis setelah gambar tersebut tersebar.

Polis sedang menyiasat satu dakwaan peras ugut dilakukan menerusi Instagram yang diterima oleh penjaring terbanyak England itu yang mengandungi gambar berserta kapsyen mengatakan ‘Selamat pagi Wayne, beri saya 10,000 Pound Sterling (RM58,735.27) atau Coleen lihat gambar ini.

Bagaimanapun, pihak polis menghentikan siasatan dan memutuskan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan.

Jurucakap Polis Cheshire berkata, pihaknya menerima laporan tersebut, namun individu yang disyaki tidak bersalah selepas diambil keterangan.

“Pegawai polis telah mengambil keterangan individu tersebut dan berpuas hati selepas mendengar penjelasan individu terbabit bahawa tiada sebarang jenayah yang dilakukannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI