fbpx

Influencer malukan gelandangan kena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lelaki berkenaan ketika berada di pusat transit gelandangan tersebut.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai ‘influencer’ yang bertindak memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini dikenakan kompaun RM1,500.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan dibuat ke atas lelaki itu kerana tidak memakai pelitup muka semasa berada di pusat tersebut di Jalan Pahang di sini.

“Kejadian berlaku pukul 11.30 pagi semalam ketika lelaki itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 gelandangan di pusat transit tersebut.

“Kita juga telah memanggil lelaki itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.20 petang untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berita berkaitan: Orang ramai bengang influencer malukan gelandangan 

Mengulas lanjut, tindakan kompaun itu dikenakan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI