fbpx
ABRAHAM dianggap antara penyerang muda yang sedang meningkat naik dan City perlu mempertimbangkan peluang untuk mendapatkan khidmatnya. – AFP

City perlu sasar kelibat Abraham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Bekas pemain Manchester City, Trevor Sinclair percaya kelab itu sepatutnya memberikan petimbangan untuk mendapatkan khidmat penyerang muda Chelsea, Tammy Abraham.

Menurutnya, Abraham juga memiliki kemampuan serta masa depan yang baik dan perlu dianggap sebagai pilihan berbanding mereka terus memburu khidmat Harry Kane yang mahu dijual dengan harga yang cukup tinggi.

Abraham dinilai dengan harga sekitar £40 juta (RM233.92 juta) sahaja berbanding Harry Kane yang tidak akan dilepaskan oleh Tottenham Hotspur di bawah harga £160 juta (RM935.68 juta).

“Dia adalah pemain yang masih muda dan saya fikir de­ngan kemampuan yang dimiliki Pep Guardiola dalam membentuk pemain muda, Abraham mampu untuk menjadi salah seorang penyerang yang baik.

“Selepas kembali ke Chelsea dari Aston Villa, perkembangannya sangat positif. Dia banyak membantu jentera serangan, pantas serta sentuhan penyudah semakin baik.

“Tiada pemain yang sempurna pada usia 22 atau 23 tahun tetapi prestasi yang ditunjukkan sangat baik dari semasa ke semasa.

“Dia adalah pemain yang saya mahu lihat di Manchester City,” katanya.

Dalam pada itu, Sinclair me­ngakui bahawa membayar lebih daripada £100 juta (RM584.80 juta) untuk seorang pemain adalah suatu yang mengarut dan tidak munasabah. – AGENSI

POPULAR