fbpx

Tetap berbangga dengan Pandelela, Mun Yee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong (kiri) bergandingan bersama Leong Mun Yee bagi acara 10 meter platform seirama di Sukan Olimpik Tokyo, hari ini.- AFP

PETALING JAYA – Ramai memuji dua penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee biarpun mereka sekadar meraih tempat kelapan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 ketika aksi final 10 meter platform seirama, hari ini.

Nama Mun Yee menjadi sohor kini di laman Twitter dan diulang kicau lebih 18,000 kali hari ini dengan kebanyakan pengguna media sosial memberi kata-kata semangat dan melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian dua atlet berkenaan.

“Tahukah anda, Leong Mun Yee hanya satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya menempah tiket sebanyak lima kali ke Olimpik. Itu merupakan kerja keras, pengorbanan air mata dan darah selama lebih dua dekad,” ujar pemilik akaun bernama Cailin K.

“Kami rakyat Malaysia masih berbangga dengan anda Mun Yee dan Pandelela. Anda masih wira kami! Terima kasih untuk segala-galanya. Anda berjaya hari ini,” ujar didalavida.

“Mereka telah melakukan yang terbaik dan saya begitu bangga dengan anda kerana berjaya ke peringkat akhir,” komen Sammi.

“Sesiapa yang bercakap buruk mengenai Pandalela dan Mun Yee, kamu pergilah ke Olimpik sekarang,” bela pemilik akaun bernama eylafareyla.

“Gaya terjunan yang cantik, cuma pendaratan agak kurang sempurna membuatkan kurang pungutan mata. Tetapi tidak mengapa. Masih ada peluang bagi kategori individu. Harap tiada tekanan buat penerjun kita. Selamat berjaya,” ulas Nor Yatie. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI