fbpx

Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik mara ke saingan suku akhir selepas menundukkan lawan mereka dari Kanada sebentar tadi. - AFP

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memastikan tempat di pentas suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pasangan Kanada, Jason Ho Shue-Nyl Yakura sebentar tadi.

Pada aksi terakhir Kumpulan D yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza, beregu No.9 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menang 21-15, 21-13 biarpun berdepan tentangan sengit.

Justeru, Aaron-Wooi Yik terus menggalas misi bagi memastikan kontinjen Malaysia membawa pulang kilauan pingat emas pertama negara pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Kemenangan itu menyaksikan beregu negara menamatkan saingan Kumpulan D sebagai naib juara di belakang gandingan No.2 dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI