fbpx

Mogok lewat 30 minit di HTJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara doktor kontrak yang menyertai gerakan Hartal Doktor Kontrak di perkarangan Klinik Pakar, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, disini hari ini. GAMBAR -MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seramai 30 pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini menyertai Hartal Doktor Kontrak atau mogok awam hari ini.

Mereka yang terdiri daripada doktor kontrak daripada pelbagai unit itu berkumpul pada pukul 11.30 pagi iaitu lewat setengah jam daripada masa yang dirancang oleh Gerakan Hartal Doktor Pakar di seluruh negara.

Kumpulan doktor kontrak itu yang memakai baju bewarna hitam dengan memegang kad dengan perkataan #hkontrak, saya doktor kontrak dan tetap bukan kontrak! bagi menyatakan protes dan desakan mereka.

Mereka dilihat berkumpul secara aman mengikut prosedur operasi standard (SOP) selama 10 minit sebelum diarahkan bersurai oleh pihak polis.

Seorang wakil kumpulan tersebut, Dr. Muhamad Azim Mohd. Sahari, 28, berkata, mengikut perancangan kira-kira 150 orang pegawai perubatan akan terlibat dalam hartal di hospital tersebut.

“Bagaimanapun, ada yang tidak dapat menyertai kerana sedang bertugas termasuk di unit rawatan rapi (ICU).

“Sepatutnya dalam 150 ke 200 orang tetapi masing-masing sedang bertugas, ada di ICU dan wad-wad yang kekurangan doktor. Mereka tidak tinggalkan pesakit,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI