fbpx

Guna minyak masak keluarkan tangan tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan lengan kanak-kanak itu yang tersangkut pada pintu kereta, hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

GEORGE TOWN – Bomba menggunakan minyak masak bagi mengeluarkan tangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang tersepit pada engsel pintu sebuah kereta di Ayer Itam, di sini hari ini.

Menurut Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Tarmizi Md. Jaafar, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.41 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan bomba sampai, didapati tangan kanan seorang kanak-kanak lelaki tersepit pada engsel pintu kereta.

“Anggota bomba membuat kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas sebelum mangsa yang tersepit pada bahagian pangkal lengan berjaya dikeluarkan pada pukul 1.30 tengah hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bomba juga terpaksa menggunakan minyak masak bagi melicinkan tangan mangsa selain skru engsel pintu berkenaan dilonggarkan sebelum berjaya dikeluarkan.

Beliau berkata, operasi itu ditamatkan pukul 1.32 tengah hari, manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI