fbpx

Bantuan one-off RM3,000 diperluaskan kepada MM2H

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kaunter program MM2H yang lengang Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memperluas bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada 697 Syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) berlesen selepas mengambil kira keadaan syarikat yang turut terjejas semasa pandemik Covid-19.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyeru syarikat MM2H berlesen di bawah MOTAC itu untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak kementerian.

“Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan,” katanya di sini hari ini.

MOTAC berkata, terdahulu, bantuan kewangan sebanyak RM3,000 di bawah inisiatif Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) itu diberikan secara one-off kepada syarikat pengendali pelancongan yang layak.

“MOTAC telah melancarkan beberapa inisiatif antaranya geran bantuan khas itu bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh syarikat pengendali pelancongan berlesen yang terkesan dengan wabak Covid-19.

“Bantuan ini diperluas bagi memberi manfaat kepada kira-kira 697 syarikat MM2H yang turut terkesan akibat pandemik,” katanya.

MOTAC berkata, maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat MM2H berlesen boleh dilayari di laman web rasmi kementerian http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h atau hubungi  Pejabat MOTAC negeri berdekatan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI